BELAJAR INTERMITTENT FASTING DAN LAZY KETO DARIPADA PAKAR


Berpuasa telah terbukti secara saintifik boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Bahkan Prof. Yoshinori Ohsumi, seorang saintis dari Jepun telah menerima anugerah Nobel pada tahun 2016 sebagai pengiktirafan atas kajian beliau tentang mekanisma autophagy yang berkait rapat dengan amalan berpuasa.



Autophagy adalah iaitu satu proses di mana badan kita membuang sel-sel lama dan rosak bagi digantikan dengan sel-sel baru dan baik. Bila proses ini berlaku, insya-Allah badan akan beransur menjadi lebih sihat dan kuat. 


Proses autophagy ini tak berlaku dan boleh terganggu bila ada makanan/minuman masuk perut. Sebab bila kita makan minum (kecuali air kosong), hormon insulin dalam badan akan naik.


Kaedah paling berkesan dan pantas untuk mencetuskan autophagy adalah dengan cara berpuasa, sama ada puasa seperti mana orang Islam berpuasa ataupun buat Intermittent Fasting.


Apakah itu Intermittent Fasting?


IF adalah berpuasa selama sekurang-kurangnya selama 12 jam untuk pelbagai tujuan dan manfaat. Antaranya:

+ jimat

+ ibadah

+ rawatan

+ kesihatan

+ awet muda

+ kuruskan badan

+ reset metabolisma

+ lambatkan penuaan



Sebelum meneruskan penerangan, izinkan terlebih dahulu saya memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman mengamalkan IF sejak 2018.



Saya Rais atau di FB dikenali sebagai RFS, menetap di Nilai, Negeri Sembilan. Umur dah 30 tahun lebih. Tinggi saya 163 cm. Dulu berat badan saya pernah mencecah 90 kg, BMI > 33 (obese).


Masa itu ramai orang ingat saya TMJ. Walaupun rupa nampak macam anak Sultan dari Selatan, tapi sebenarnya saya menanggung pelbagai masalah kesihatan.


Bermula Januari 2017, saya cuba beransur-ansur menurunkan berat badan sehingga berjaya mencapai angka 57 kg pada Mei 2019. Lemak berjaya dihapuskan sebanyak kurang lebih 30 kg. 




Selepas itu, ramai yang bertanya pada saya macam mana nak slim. Selalunya saya akan jawab ada 2 cara, iaitu #1 cara biasa dan #2 cara cepat.


Cara biasa, kita guna kaedah caloric deficit sahaja.


Kalori masuk < kalori keluar

Kalori keluar > kalori masuk


Boleh dengan cara jimat kalori (kawal makan) ataupun dengan bakar kalori (buat senaman) ataupun keduanya sekali.


Manakala cara cepat pula adalah dengan amalkan Intermittent Fasting.


Di samping ada caloric deficit, kita nak enjin dalam badan bertukar daripada hasilkan tenaga dengan bahan bakar gula (karbo, protein serta glycogen) kepada bahan bakar lemak.


Untuk aktifkan proses ini, kita perlu puasa selama 12 jam atau lebih. Nak puasa dari pukul berapa sampai pukul berapa terpulang pada keselesaan masing-masing, tapi untuk tempoh puasa memang kena buat sekurang-kurangnya 12 jam supaya proses ini dapat berlaku.


Ini saya tunjukkan keadaan saya selepas amalkan diet caloric deficit selama kira-kira 1 tahun 4 bulan (hampir 16 bulan) dan keadaan saya selepas amalkan IF selama 6 bulan sahaja.



Kiri:

+ April 2018

+ 6 bulan sebelum kenal IF

+ Berat 75 kg

+ BMI 28.2 (over weight)


Kanan:

+ April 2019

+ 6 bulan selepas buat IF

+ Berat 60 kg

+ BMI 22.6 (normal)


Ingat balik tadi saya ada maklumkan bahawa saya mula diet awal 2017. Sehingga April 2018 (16 bulan) berat saya hanya turun kurang lebih 13 kg sahaja.


Manakala daripada Mei 2018 sehingga April 2019 (kira-kira 12 bulan), berat saya berkurang sebanyak 18 kg. Padahal masa ini baru buat IF selama 6 bulan lebih sedikit.


Untuk makluman, sebenarnya semakin dekat dengan berat ideal dan BMI normal, penurunan semakin perlahan. Tapi dengan IF alhamdulillah boleh buat lebih laju dan berkesan.



Ok, dah panjang lebar saya cerita tentang weight loss journey saya siap dengan video lagi.


Sekarang apa kata kalau baca juga pengalaman kawan-kawan yang saya bantu dan dorong supaya jadi lebih sihat dan akhirnya dengan sendirinya beransur jadi kurus juga.



Anda pun boleh jadi seperti mereka, asalkan anda memiliki ilmu yang betul dan sanggup berusaha mengamalkan apa yang anda pelajari.


Saya sendiri pernah sampai masuk Majalah Maskulin kerana berkongsi cara mudah untuk buat IF. 



Ok, sekarang saya nak jemput anda pula join group WhatsApp Slim & Fit Challenge, yang mana kat atas sana saya dah kongsikan sebahagian kejayaan kawan-kawan kat dalam group itu. 


Perlu saya tekankan bahawa sesungguhnya anda tak wajib join group ini, kecuali anda memang serius mahu belajar dan ubah keadaan kesihatan sekarang jadi lebih baik.


Nak join?


Sila isi maklumat yang diperlukan di bawah, kemudian anda akan terus dibawa masuk ke group WhatsApp Slim & Fit Challenge


Terima kasih sudi baca sampai habis.

 

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi